Laporan Koleksi Unik Terpilih Perpustakaan Pengajian Melayu
Disediakan Oleh Haslan Tamjehi , 27 November 2024.
Pengenalan
Laporan ini memberikan latarbelakang kepada Koleksi Unik Terpilih Perpustakaan Pengajian Melayu. Koleksi ini dipilih berdasarkan keunikan tahun penebitannya.
Julat tahun antara 1970an hingga- 1940an dijadikan panduan pemilihan. Selain itu keadaan fizikal buku yang baik juga dijadikan kriteria pemilihan. Oleh yang demikian, hanya 32 judul telah dipilih untuk diangkat Sebagai platfom untuk mempromosikan koleksi ini sebuah pameran maya(https://pustakamelayu.nusa.my/omeka/exhibits/show/pameran--koleksi--unik) telah disediakan untuk pengguna . Maklumat bibliografi beranotasi pada setiap naskhah dapat memberikan maklumat asas kepada pengguna dan seterusnya boleh menarik minat mereka untuk merujuk bahan tersebut.
Penulis
Daripada koleksi ini, dapat dilihat beberapa penulis yang tersohor pada period yang ditetapkan. Mereka terdiri daripada, ahli akademik Malaysia , Indonesia dan juga pegawai kolonial Inggeris. Antaranya adalah Mohd Taib Osman, Slametmuljana, Takdir Alisjahbana, W.G Shellabear dan Raymond Firth.
Subjek
Kebanyakan buku ini adalah dalam bidang sastera Melayu , yang membincangkan tentang peribahasa, pantun, kiasan , puisi dan sastra klasik.Manakala bidang Bahasa Melayu lebih kepada silibus untuk teks sekolah menengah.Daripada 32 judul tersebut terdapat 5 judul berkenaan budaya dan sejarah Melayu.
Tahun
Dari segi aspek tahun, penerbitan paling awal ialah buku berjudul Kiliran budi yang ditulis oleh W.G Shellabar pada tahun 1947. Manakala buku berjudul “Peribahasa Bagi Sekolah Menengah Atas: Tingkatan IV dan V” tulisan Muhammad Yusof Mustafa & Saleh Muhammad Akib yang diterbitkan pada tahun 1972 adalah judul terkini dalam koleksi ini.
Penerbit
Penerbit buku-buku ini adalah terdiri dari penerbit tempatan dan luar negara, seperti Pustaka Aman Press, Pustaka Rakjat, Oxford Univesity Press dan Routledge Keagen. Sinaran Bross, penerbit tempatan dari Pulau Pinang menerbitkan 11 buku dari keseluruhan judul. Ia menerbitkan paling banyak buku dalam koleksi ini.
Negara asal penerbit
Dari segi negara asal penerbit, selain Malaysia dan Indonesia,penerbit dari barat seperti Britain dan Australia juga turut sama menerbitkan buku-buku tentang tentang sastera dan Bahasa Melayu
Kesimpulan
Menerusi inisiatif ini diharapkan, peminjaman terhadap bahan Perpustakaan dapat ditingkatkan. Seterusnya maklumat yang terdapat dalam buku dapat dimanfaatkan untuk sebagai rujukan dan menjana pengetahuan baru menerusi pembacaan dan penyelidikan.
Jadual 1. Senarai 32 judul koleksi unik.
| Tajuk | Penulis/Penyusun | Tahun |
| Kitab Kiliran Budi: Kumpulan beberapa perumpamaan Melayu | W. G. Shellabear | 1947 |
| Sejarah Bahasa dan Pustaka Melayu: Penggal Kedua | Mashhor Malaya | 1955 |
| Taman Bahasa: Buku VIII Untok Tingkat II | Mansor bin Sanusi | 1956 |
| Bunga Bahasa | Abdullah Sidek | 1956 |
| Ekstremis Manis: Kumpulan Sastera: Gempa dalam Drama, Prosa dan Puisi | D. Suradji | 1957 |
| Bhasa Renchana Pengarang: Akhbar -Akhbar Melayu Hingga Ka-Tahun 1941 | Mohd. Taib Bin Osman | 1957 |
| Alam Puisi Melayu | Darus Bin Ahmad | 1957 |
| Drama Dalam Pendidikan | Drs. Brahim | 1958 |
| Sambaan Chakap dan Pepatah Adat Melayu | Mohamed Din Bin Ali | 1960 |
| 100 Kata Orang Tua-Tua | Muhammad Hj. Hussain | 1961 |
| Djakarta Dalam Puisi Indonesia | Ajip Rosidi | 1961 |
| Pelik-Pelik Bahasa Indonesia: Tatabahasa | Drs. J. S. Badudu | 1961 |
| Pertempuran Dan Saldju Di Paris | Sitor Situmorang | 1962 |
| Tatabahasa Baru: Bahasa Indonesia | S. Takdir Alisjahbana | 1963 |
| Damai: Kumpulan Sajak | A.S. Amin | 1964 |
| Analisa: Sorotan Tjerita Pendek | Drs. H.B. Jassin | 1964 |
| Ketemu Didjalan: Tiga Kumpulan Sadjak | A. Rossidhy, Sobron Aidit & S. M. Ardan | 1965 |
| Semantik: Ilmu Makna | Slametmuljana | 1965 |
| Kiasan | Jaldin Bin Sanusi | 1965 |
| Perumpamaan Erti dan Ayat | Ab. Rahim Hj. Darus | 1965 |
| Ditengah Padang | A. Bastari Asnin | 1965 |
| Warna Sari Kebudayaan | Shahrim Abdullah | 1966 |
| Pancharan Melayu | Darus Ahmad | 1966 |
| Bagaimana: Jadi Penulis | Muhammad Hj. Hussain | 1966 |
| Ribeli: Tiga Kumpulan Puisi | Aldian Aripin, Djohan A. Nasution & Z. Pangaduan Luris | 1968 |
| Bunga-Bungaan Bahasa | Muhammad Hj. Hussain | 1970 |
| Malay Proverbs = Bidal Melayu | A. W. Hamilton | 1971 |
| Peribahasa Bagi Sekolah Menengah Atas: Tingkatan IV dan V | Muhammad Yusof Mustafa & Saleh Muhammad 'Akib | 1972 |
| Lidah Pendita dan Peribahasa Sa-Dunia | Md. Desa Pachee | NA |
| Panduan Peribahasa Sekolah | Ismail Kayat | NA |
| Write Malay! | Edward S King | NA |
| Malay Fishermen: Their Peasant Economy | Raymond Firth | NA |

Gambar 1. Pameran Maya Buku Unik 1

Gambar 2. Sampel rekod bibliografi buku 1