Laporan Koleksi Unik Perpustakaan Pengajian Melayu

Laporan Koleksi Unik  Terpilih Perpustakaan Pengajian Melayu

Disediakan Oleh Haslan Tamjehi , 27 November 2024.

Pengenalan

Laporan ini memberikan latarbelakang  kepada  Koleksi Unik Terpilih Perpustakaan Pengajian Melayu.  Koleksi ini  dipilih berdasarkan keunikan  tahun penebitannya.

Julat tahun  antara   1970an hingga- 1940an dijadikan panduan pemilihan.  Selain itu  keadaan fizikal  buku  yang baik juga dijadikan kriteria pemilihan. Oleh yang demikian, hanya 32 judul telah dipilih untuk diangkat  Sebagai platfom untuk mempromosikan  koleksi ini  sebuah pameran maya(https://pustakamelayu.nusa.my/omeka/exhibits/show/pameran--koleksi--unik) telah disediakan untuk pengguna . Maklumat bibliografi beranotasi  pada setiap naskhah  dapat memberikan maklumat asas  kepada pengguna dan seterusnya boleh  menarik minat mereka untuk merujuk bahan tersebut.

Penulis

Daripada koleksi ini, dapat  dilihat beberapa penulis yang tersohor pada  period  yang ditetapkan. Mereka terdiri daripada, ahli akademik   Malaysia , Indonesia dan juga pegawai kolonial  Inggeris.  Antaranya adalah  Mohd Taib Osman, Slametmuljana, Takdir Alisjahbana, W.G Shellabear dan Raymond  Firth.

Subjek

 Kebanyakan buku ini adalah dalam bidang  sastera Melayu , yang membincangkan tentang peribahasa, pantun, kiasan , puisi dan sastra klasik.Manakala bidang Bahasa Melayu lebih kepada silibus  untuk teks sekolah menengah.Daripada 32 judul tersebut terdapat 5 judul berkenaan budaya dan sejarah Melayu.

Tahun

Dari  segi aspek tahun, penerbitan paling awal ialah   buku berjudul Kiliran budi yang ditulis oleh W.G  Shellabar pada tahun 1947. Manakala buku berjudul  “Peribahasa Bagi Sekolah Menengah Atas: Tingkatan IV dan V”   tulisan  Muhammad Yusof Mustafa & Saleh Muhammad Akib yang diterbitkan pada tahun 1972 adalah judul terkini dalam koleksi ini.

Penerbit

Penerbit buku-buku ini adalah terdiri dari penerbit tempatan dan luar negara, seperti Pustaka Aman Press, Pustaka Rakjat, Oxford Univesity Press dan Routledge Keagen. Sinaran Bross, penerbit tempatan dari Pulau Pinang menerbitkan 11 buku  dari  keseluruhan judul. Ia  menerbitkan paling banyak buku dalam koleksi ini.

Negara asal penerbit

Dari segi negara   asal penerbit, selain Malaysia dan  Indonesia,penerbit dari barat  seperti Britain dan Australia juga  turut sama  menerbitkan  buku-buku tentang tentang sastera dan Bahasa Melayu

Kesimpulan

Menerusi inisiatif ini diharapkan,  peminjaman terhadap bahan Perpustakaan dapat ditingkatkan. Seterusnya maklumat yang terdapat dalam buku dapat dimanfaatkan untuk sebagai rujukan dan menjana pengetahuan baru menerusi pembacaan dan penyelidikan.

Jadual 1.  Senarai  32 judul koleksi unik.

TajukPenulis/PenyusunTahun
Kitab Kiliran Budi: Kumpulan beberapa perumpamaan MelayuW. G. Shellabear1947
Sejarah Bahasa dan Pustaka Melayu: Penggal KeduaMashhor Malaya1955
Taman Bahasa: Buku VIII Untok Tingkat IIMansor bin Sanusi1956
Bunga BahasaAbdullah Sidek1956
Ekstremis Manis: Kumpulan Sastera: Gempa dalam Drama, Prosa dan PuisiD. Suradji1957
Bhasa Renchana Pengarang: Akhbar -Akhbar Melayu Hingga Ka-Tahun 1941Mohd. Taib Bin Osman1957
Alam Puisi MelayuDarus Bin Ahmad1957
Drama Dalam PendidikanDrs. Brahim1958
Sambaan Chakap dan Pepatah Adat MelayuMohamed Din Bin Ali1960
100 Kata Orang Tua-TuaMuhammad Hj. Hussain1961
Djakarta Dalam Puisi IndonesiaAjip Rosidi1961
Pelik-Pelik Bahasa Indonesia: TatabahasaDrs. J. S. Badudu1961
Pertempuran Dan Saldju Di ParisSitor Situmorang1962
Tatabahasa Baru: Bahasa IndonesiaS. Takdir Alisjahbana1963
Damai: Kumpulan SajakA.S. Amin1964
Analisa: Sorotan Tjerita PendekDrs. H.B. Jassin1964
Ketemu Didjalan: Tiga Kumpulan SadjakA. Rossidhy, Sobron Aidit & S. M. Ardan1965
Semantik: Ilmu MaknaSlametmuljana1965
KiasanJaldin Bin Sanusi1965
Perumpamaan Erti dan AyatAb. Rahim Hj. Darus1965
Ditengah PadangA. Bastari Asnin1965
Warna Sari KebudayaanShahrim Abdullah1966
Pancharan MelayuDarus Ahmad1966
Bagaimana: Jadi PenulisMuhammad Hj. Hussain1966
Ribeli: Tiga Kumpulan PuisiAldian Aripin, Djohan A. Nasution & Z. Pangaduan Luris1968
Bunga-Bungaan BahasaMuhammad Hj. Hussain1970
Malay Proverbs = Bidal MelayuA. W. Hamilton1971
Peribahasa Bagi Sekolah Menengah Atas: Tingkatan IV dan VMuhammad Yusof Mustafa & Saleh Muhammad 'Akib1972
Lidah Pendita dan Peribahasa Sa-DuniaMd. Desa PacheeNA
Panduan Peribahasa SekolahIsmail KayatNA
Write Malay!Edward S KingNA
Malay Fishermen: Their Peasant EconomyRaymond FirthNA

Gambar 1. Pameran Maya Buku Unik 1

Gambar 2. Sampel rekod bibliografi buku  1

Muaturun Laporan